Limau Tambun @ Pamelo atau Limau Bali banyak terdapat di Perhentian Tambun , Jalan Gopeng , Perak . Limau di sini adalah antara limau bali yang terbaik , manis dan sedap di Malaysia. Pembajaan yang mencukupi dengan baja organik dan kimia berserta persekitaran cuaca dan tanah yang sesuai menghasilkan limau yang bermutu tinggi .
Limau Tambun terdapat dua jenis iaitu berwarna merah isinya dan yang berwarna putih kekuningan. Yang berwarna merah agak masam sedikit rasanya . Manakala yang isi putih....wow memang manis berair.....
Deretan kedai Limau Tambun yang terdapat di sini . Mereka menggunakan sistem nombor kedai sebagai 'trademark' nya .
Kalau dulu ' Apek dan Nyonya ' tua yang menjaga dan menjual limau di sini. Tetapi sekarang didapati ramai ' Amoi - amoi ' yang menjaga , menjual dan mempromosikan limau bali . Sebelum membeli anda akan diberi sedikit keratan limau untuk dirasa .
Limau Bali Tambun.....memang sedap.....bila dah makan tak mau berhenti..! lebih - lebih lagi kalau yang sudah di sejukkan.....besh.
No comments:
Post a Comment